RSS
email
0

Promosi Eksiklopedia Hadith Kitab 9 imam


Anda mencari software kitab Shahih Bukhari dan kitab imam-imam yang mashyur?
Hampa dan putus asa dalam menemukan program mudah guna untuk digunakan pada komputer?
Anda terkial-kial menterjemahkan kitab imam-imam tersebut?
Tidak pasti dan yakin dengan terjemahan yang anda dapati? Dan mungkin juga tidak kena pada gaya bahasa anda.

Jika anda menjawab 'YA' kepada soalan-soalan di atas, anda mungkin sudah biasa dengan masalah tersebut. Lupakan mencari software-software dan program mudah guna kitab-kitab tersebut. Tidak perlu lagi anda terkial-kial menterjemah kerana memakan masa dan mungkin juga tidak menepati standart bahasa.

Kini anda boleh dapatkan software berserta terjemahan kitab Shahih Bukhari, Muslim, Sunan Abu daud, Sunan tirmidzi dan imam-imam yang lain dalam satu CD. Program yang lengkap dimuatkan dengan Kitab 9 imam-imam yang mashyur disertakan terjemahan dalam bahasa yang sangat mudah difahami.

Shahih Bukhari
Shahih Muslim
Sunan abu Daud
Sunan Tirmidzi
Sunan Nasaie
Sunan Ibnu Majah
Musnad Ahmad
Muwatho' Imam Malik
Sunan Darimi

Kandungan :
Lebih 62,000 hadith ( teks arab berserta terjemahan dalam bahasa yang mudah difahami)
Kumpulan dari kitab 9 imam hadith yang terkenal (Bukhari, Muslim,Abu Daud, Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad hanbal, Imam Malik dan Ad-Darimi)
Data perawi hadith- ilmu hadith mudah dan ringkas
Sanad / jalan sampainya hadith-Data hadith pendukung (tahrij) & Komparasi Hadith ( hadis penguat)
Selain kandungan diatas, CD hadis kitab 9 imam juga memiliki nilai tambah yang lainnya

Tambahan :
Pencarian hadis dengan hanya menclick suatu kata yang ingin dicari pada search engine
Teks Arab dan terjemah hadis dapat disalin ke dalam Microsoft Word, notepad dan program lain.
Pengumpulan hadis berdasarkan indeks
Kumpulan hadis berdasarkan kategori hadis seperti hadis Qudsi, Mutawatir, marfu' dan lain-lain.
Biografi dan riwayat hidup 9 imam tersebut.
Lagenda (keterangan warna) status para perawi seperti tsiqah, maqbul, dhoif dan lain-lain

Kelebihan :
Pengkajian untuk penterjemahan dan membina software selama lebih 4 tahun.
Di edit dan di selia oleh graduan Mahasiswa Al-Azhar yang Cemerlang (Mumtaz)
Dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang terperinci - setiap CD mempunyai serial number, registry keys dan Activation keys tersendiri.

Harga Asal
L.E 250
Harga Promosi
L.E 18
0.00
Harga Akan Naik L.E 250 Bila-bila Masa Dari Sekarang!


Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi Ustaz Muhamad Azrin di talian +2014 7446469 atau email : ryenz85@yahoo.com.
5

Software terjemahan Kutub tis3ah


Anda tercari-cari software Kitab Shahih Bukhari, Shahih Muslim dan lain-lain lagi? Anda mencari terjemahan kitab-kitab imam yang mashyur? Kini semuanya terdapat dalam satu CD. Ianya software mudah cari berserta terjemahannya dengan tampilan yang menarik dan complete. Terkandung di dalamnya lebih 60 ribu hadis dari kitab-kitab hadis Shahih Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan Tirmidzi, Sunan Ibnu Majah, Musnan Ahmad, Muwatha' imam Malik dan Sunan Ad-Darimi.
Apa yang menarik dari program hadith kitab 9 imam ini? Sebagai sebuah karya yang belum pernah ada di sini, tentu program ini memiliki banyak kelebihan dari segi isinya.

Kandungan :
- Lebih 62,000 hadith ( teks arab berserta terjemahan dalam bahasa yang mudah difahami)
- Kumpulan dari kitab 9 imam hadith yang terkenal (Bukhari, Muslim,Abu Daud, Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad hanbal, Imam Malik dan Ad-Darimi)
- Data perawi hadith- ilmu hadith mudah dan ringkas
-Sanad / jalan sampainya hadith-Data hadith pendukung (tahrij) & Komparasi Hadith ( hadis penguat)
Selain kandungan diatas, CD hadis kitab 9 imam juga memiliki nilai tambah yang lainnya

Tambahan :
- Pencarian hadis dengan hanya menclick suatu kata yang ingin dicari pada search engine
- Teks Arab dan terjemah hadis dapat disalin ke dalam Microsoft Word, notepad dan program lain.- Pengumpulan hadis berdasarkan indeks
- Kumpulan hadis berdasarkan kategori hadis seperti hadis Qudsi, Mutawatir, marfu' dan lain-lain.
- Biografi dan riwayat hidup 9 imam tersebut.
- Lagenda (keterangan warna) status para perawi seperti tsiqah, maqbul, dhoif dan lain-lain.

Perhatian : Satu yang anda perlu tahu, software ini menggunakan ciri-ciri keselamatan yang terperinci. Setiap cd menpunyai serial number, registry key dan activation tersendiri. Oleh itu hanya anda sahaja yang boleh menggunakan cd ini di komputer anda.

Untuk membuat tempahan sila hubungi ustaz Muhamad Azrin di talian 014 7446469 atau email : ryenz85@yahoo.com. Sila berikan maklumat nama anda, alamat email berserta no. hp untuk mudah kami mengirim serial number, registry key dan activation code.
0

Riwayat hidup : Imam Malik

Imam Malik Rahimahullah atau nama sebenar beliau Malik bin Anas bin Malik Amir Al-Harith dilahirkan di Kota Madinah pada 93 Hijrah bersamaan dengan tahun 713 Masihi, iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik daripada kerajaan Bani Umaiyah. Beliau berasal dari keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan oleh masyarakat kerana datuknya Amir bin Al-Harith banyak berkorban bersama Nabi Muhammad s.a.w. dalam menegakkan agama Islam. Kehidupan keluarganya yang susah tidak memadamkan cita-citanya untuk menjadi orang yang berilmu. Berkat usahanya yang gigih dan bersungguh-sungguh, akhirnya beliau muncul sebagai seorang ulama, hartawan, dermawan, dan berjaya memegang jawatan Mufti Besar di Madinah.

Beliau pernah menjadi guru sedari usia 17 tahun dan dapat mengajar dengan baik walaupun masih muda. Majlis pengajian beliau dilakukan di Masjid Nabawi. Beliau yang juga dikenali sebagai pengasas Mazhab Maliki telah meninggal dunia pada 10 Rabiulawal 179 Hijrah bersamaan 798 Masihi ketika berusia 86 tahun dengan meninggalkan tiga orang putera dan seorang puteri. Mazhab Maliki berkembang di beberapa tempat di dunia seperti Maghribi, Algeria, Libya, Iraq dan Palestin.

Sifat Peribadi

Sepanjang hidupnya, Imam Malik terkenal dengan kecerdasan akal fikirannya yang tinggi sehinggakan mampu menghafal al-Quran dalam usia yang masih muda. Beliau juga terkenal dengan sifat mulia, bersopan-santun, suka memakai pakaian yang bersih, kemas serta bau-bauan yang harum selaras dengan tuntutan agama supaya menjadi orang yang pembersih.

Walau bagaimanapun, beliau yang terkenal dengan keramahan dan bergaul dengan semua lapisan masyarakat merupaka seorang yang pendiam dan hanya berkata-kata apabila perlu dan menganggap benda yang akan diucapkan adalah perkara-perkara yang berfaedah sahaja. Beliau juga seorang hartawan yang tidak lokek membelanjakan hartanya ke jalan Allah. Sebagai contoh, beliau pernah membantu Imam as-Syafie sehingga berjaya menjadi ulama terkenal. Beliau seorang yang sangat menghormati hadis-hadis Rasulullah sendiri dan diri baginda sendiri walaupun baginda telah wafat.

Beliau dikatakan tidak pernah menunggang sebarang jenis kenderaan di Madinah sebagai tanda menghormati jasad baginda yang tertanam di dalam kubur. Beliau pernah dirotan dengan cemeti sehingga patah tulang belakang kerana mengeluarkan fatwa yang tidak disukai oleh khalifah iaitu isteri yang ditalak secara paksa tidak jatuh talaknya. Ini menunjukkan betapa tabahnya beliau. Kerajinannya mengerjakan ibadat di malam hari pula menunjukkan kewarakan beliau terhadap Allah s.w.t.

Prinsip hidup beliau mengenai ilmu ialah orang yang ingin belajar ilmu hendaklah berusaha mencarinya, bukan ilmu yang datang mencarinya. Beliau tidak pernah merungut apabila memberi pendidikan kepada anak-anak muridnya. Beliau akan bersusah-payah memberi kefaham kepada anak-anak muridnya tentang sesuatu masalah ilmu.

Pendidikan

Sejak kecil lagi minatnya terhadap ilmu sudah disemai dalam jiwanya. Beliau telah menghafal ayat-ayat al-Quran dan hadis semenjak kecil dan mendapat pendidikan di Kota Madinah daripada beberapa orang ulama terkenal di sana. Guru pertama beliau adalah Abdul Rahman bin Harman iaitu seorang ulama besar Madinah yang telah memberi pendidikan kepada beliau selama lapan tahun. Akibat dari kecerdasan akalnya yang luar biasa, beliau pernah menghafal 29 buah hadis daripada 30 buah hadis yang dibacakan oleh gurunya dalam satu hari sahaja. Beliau pernah belajar daripada 900 orang guru dari kalangan tabiin dan tabi’ tabiin. Imam Malik banyak menimba ilmu pengetahuan di Kota Madinah yang pada masa itu menjadi pusat pengajian ilmu, khususnya ilmu agama.

Kitab Al-Muatto'

‘Al-Muattok’ bererti ‘yang disepakati’ atau ‘tunjang’ atau ‘panduan’ tentang ilmu dan hukum-hukum agama. Al-Muattok merupakan sebuah kitab yang mengandungi hadis-hadis hukum yang dikumpulkan oleh Imam Malik serta pendapat para sahabat dan ulama-ulama tabiin. Kitab ini lengkap dengan pelbagai masalah agama yang merangkumi ilmu hadis, ilmu fiqh dan sebagainya. Semua hadis di dalam kitab ini adalah sahih kerana Imam Malik terkenal dengan sifatnya yang tegas dalam penerimaan hadis tertentu.

Beliau sangat berhati-hati ketika menapis, mengasingkan, dan membahas serta menolak riwayat yang meragukan. Daripada 100,000 buah hadis yang dihafal beliau, hanya 10,000 sahaja diakui sah dan daripada 10,000 hadis itu, hanya 5,000 sahaja yang disahkan sahih oleh beliau setelah disiasat dan dipadankan dengan al-Quran. Menurut satu riwayat, Imam Malik menghabiskan 40 tahun untuk mengumpul dan menapis hadis-hadis yang diterima daripada guru-gurunya. Imam Syafie pernah berkata, “Tiada sebuah kitab di muka bumi ini yang lebih banyak mengandungi kebenaran selain daripada kitab al-Muattok karangan Imam Malik.”