RSS
email
2

Pengenalan fungsi : part 1

Posting kali ini mengajar dan memberitahu anda bagaimana fungsi-fungsi yang terdapat dalam software kitab 9 imam tersebut. Sebahagian pengguna masih tidak tahu bagaimana tatacara penggunaan software tersebut. Banyak bahagian yang perlu kita ketahui bagi memudahkan penggunaan yang telah disediakan.. semoga bermanfaat.
1) Fungsi ini merupakan tab Informasi yang berisi Kata Pengantar dari Lidwa Pusaka dan Ilmu Mushthalah Hadits. Ilmu Mushthalah Hadits ini terdiri dari • Beberapa Definisi dalam Ilmu Mushthalah Hadits • Pembagian Hadits Menurut Jalan Periwayatannya yang sampai kepada kita • Pembagian khabar ditinjau kepada orang yang disandarkan • Pembagian hadits dilihat dari sisi kuat dan lemahnya hadits • Hadits yang tertolak • Istilah-istilah dalam jarhu wa ta’di

2) Tab ini merupakan lokasi dari menu-menu utama seperti Kitab, Cari kata, Bab, Indeks,
Kumpulan, Biografi, dan Daftar Rawi. Tampilan ini memang setting awalnya adalah menu Kitab
yaitu menu yang digunakan untuk mencari hadits berdasarkan kitab dari 9 imam hadits. Namun, tampilan ini boleh berubah sesuai dengan menu-menu lain yang kita pilih/klik (no: 3,4,5,6,7,8,9).

3) Fungsi ini digunakan untuk mencari suatu hadits berdasarkan bab-bab yang terdapat pada kitab 9 imam hadits. Untuk melihatnya, pilih/klik fitur ini satu kali. Setelah diklik, maka akan muncul tampilan seperti di bawah ini:

Anda boleh memilih kitab Imam Hadits diantara 9 imam yang ada untuk dilihat bab-bab pada kitab mereka (a).
Kemudian Anda boleh memilih bab mana yang ingin dilihat (b).

0

Panduan menginstall CD kutub tis3ah

Panduan Install CD Ensiklopedia Hadis 9 Imam

1. Masukkan CD Ensiklopedia Hadis ke dalam CD (CD-Room). Kemudian buka program Explorer dan lihat isi cd tersebut.

2. Kemudian klik dua kali setup.exe maka akan muncul kotak install program Hadis 9 Imam 1.2. Kemudian klik butang Lanjut.

3. Isi data yang diminta pada kotak Informasi User dengan betul. Angka paling depan no hp (angka 0) ditambah dengan code 2 (bukan +2). cth 20114567893 Masukkan juga serial number yang diberi.

Kemudian klik butang Lanjut, maka akan muncul kotak ”Kirim Serial Number”.

4. Kemudian kirim serial number via sms ke 0812 88 99 83 99 dengan format;

SN (spasi) nombor_serial

Contoh * : SN ghrt6547ythr atau SN GHRT6547YTHR

*serial number (12 karakter) samada dengan huruf BESAR atau kecil.

Kemudian klik butang Lanjut, maka akan muncul kotak ”Input Key Registrasi”.

5. Setelah itu anda akan mendapat balasan berupa Registrasi Key. Masukan no registrasi tersebut pada kotak ”Input Key Registrasi”.

Kemudian klik butang Lanjut, maka akan muncul kotak ”Kirim Authentication Key”.

6. Kirim authentication key yang ada pada kotak Authentication ke no 0812 88 99 83 99 dengan format;

AUTH (spasi) key_autentikasi

Contoh * : AUTH 1234abdc5678 atau AUTH 1234ABCD5678

*KeyAutentikasi (12 karakter) samada dengan huruf BESAR atau kecil.

Kemudian klik butang Lanjut, maka akan muncul kotak ”Input Key Aktivasi”.

7. Setelah itu anda akan mendapat balasan berupa no Key Aktivasi. Masukan key activation tersebut pada kotak ”Input Activation Key”.

Kemudian klik butang Lanjut, maka akan muncul kotak ”Pilih Lokasi Instalasi”.

8. Kemudian klik butang Install, maka program akan diinstall dengan automatik. Tunggu sampai keluar kotak yang ada butang Finish.

9. Klik butang Finish, maka program siap diinstall dan boleh digunakan.



0

Promosi Eksiklopedia Hadith Kitab 9 imam


Anda mencari software kitab Shahih Bukhari dan kitab imam-imam yang mashyur?
Hampa dan putus asa dalam menemukan program mudah guna untuk digunakan pada komputer?
Anda terkial-kial menterjemahkan kitab imam-imam tersebut?
Tidak pasti dan yakin dengan terjemahan yang anda dapati? Dan mungkin juga tidak kena pada gaya bahasa anda.

Jika anda menjawab 'YA' kepada soalan-soalan di atas, anda mungkin sudah biasa dengan masalah tersebut. Lupakan mencari software-software dan program mudah guna kitab-kitab tersebut. Tidak perlu lagi anda terkial-kial menterjemah kerana memakan masa dan mungkin juga tidak menepati standart bahasa.

Kini anda boleh dapatkan software berserta terjemahan kitab Shahih Bukhari, Muslim, Sunan Abu daud, Sunan tirmidzi dan imam-imam yang lain dalam satu CD. Program yang lengkap dimuatkan dengan Kitab 9 imam-imam yang mashyur disertakan terjemahan dalam bahasa yang sangat mudah difahami.

Shahih Bukhari
Shahih Muslim
Sunan abu Daud
Sunan Tirmidzi
Sunan Nasaie
Sunan Ibnu Majah
Musnad Ahmad
Muwatho' Imam Malik
Sunan Darimi

Kandungan :
Lebih 62,000 hadith ( teks arab berserta terjemahan dalam bahasa yang mudah difahami)
Kumpulan dari kitab 9 imam hadith yang terkenal (Bukhari, Muslim,Abu Daud, Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad hanbal, Imam Malik dan Ad-Darimi)
Data perawi hadith- ilmu hadith mudah dan ringkas
Sanad / jalan sampainya hadith-Data hadith pendukung (tahrij) & Komparasi Hadith ( hadis penguat)
Selain kandungan diatas, CD hadis kitab 9 imam juga memiliki nilai tambah yang lainnya

Tambahan :
Pencarian hadis dengan hanya menclick suatu kata yang ingin dicari pada search engine
Teks Arab dan terjemah hadis dapat disalin ke dalam Microsoft Word, notepad dan program lain.
Pengumpulan hadis berdasarkan indeks
Kumpulan hadis berdasarkan kategori hadis seperti hadis Qudsi, Mutawatir, marfu' dan lain-lain.
Biografi dan riwayat hidup 9 imam tersebut.
Lagenda (keterangan warna) status para perawi seperti tsiqah, maqbul, dhoif dan lain-lain

Kelebihan :
Pengkajian untuk penterjemahan dan membina software selama lebih 4 tahun.
Di edit dan di selia oleh graduan Mahasiswa Al-Azhar yang Cemerlang (Mumtaz)
Dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang terperinci - setiap CD mempunyai serial number, registry keys dan Activation keys tersendiri.

Harga Asal
L.E 250
Harga Promosi
L.E 18
0.00
Harga Akan Naik L.E 250 Bila-bila Masa Dari Sekarang!


Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi Ustaz Muhamad Azrin di talian +2014 7446469 atau email : ryenz85@yahoo.com.
5

Software terjemahan Kutub tis3ah


Anda tercari-cari software Kitab Shahih Bukhari, Shahih Muslim dan lain-lain lagi? Anda mencari terjemahan kitab-kitab imam yang mashyur? Kini semuanya terdapat dalam satu CD. Ianya software mudah cari berserta terjemahannya dengan tampilan yang menarik dan complete. Terkandung di dalamnya lebih 60 ribu hadis dari kitab-kitab hadis Shahih Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan Tirmidzi, Sunan Ibnu Majah, Musnan Ahmad, Muwatha' imam Malik dan Sunan Ad-Darimi.
Apa yang menarik dari program hadith kitab 9 imam ini? Sebagai sebuah karya yang belum pernah ada di sini, tentu program ini memiliki banyak kelebihan dari segi isinya.

Kandungan :
- Lebih 62,000 hadith ( teks arab berserta terjemahan dalam bahasa yang mudah difahami)
- Kumpulan dari kitab 9 imam hadith yang terkenal (Bukhari, Muslim,Abu Daud, Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad hanbal, Imam Malik dan Ad-Darimi)
- Data perawi hadith- ilmu hadith mudah dan ringkas
-Sanad / jalan sampainya hadith-Data hadith pendukung (tahrij) & Komparasi Hadith ( hadis penguat)
Selain kandungan diatas, CD hadis kitab 9 imam juga memiliki nilai tambah yang lainnya

Tambahan :
- Pencarian hadis dengan hanya menclick suatu kata yang ingin dicari pada search engine
- Teks Arab dan terjemah hadis dapat disalin ke dalam Microsoft Word, notepad dan program lain.- Pengumpulan hadis berdasarkan indeks
- Kumpulan hadis berdasarkan kategori hadis seperti hadis Qudsi, Mutawatir, marfu' dan lain-lain.
- Biografi dan riwayat hidup 9 imam tersebut.
- Lagenda (keterangan warna) status para perawi seperti tsiqah, maqbul, dhoif dan lain-lain.

Perhatian : Satu yang anda perlu tahu, software ini menggunakan ciri-ciri keselamatan yang terperinci. Setiap cd menpunyai serial number, registry key dan activation tersendiri. Oleh itu hanya anda sahaja yang boleh menggunakan cd ini di komputer anda.

Untuk membuat tempahan sila hubungi ustaz Muhamad Azrin di talian 014 7446469 atau email : ryenz85@yahoo.com. Sila berikan maklumat nama anda, alamat email berserta no. hp untuk mudah kami mengirim serial number, registry key dan activation code.
0

Riwayat hidup : Imam Ahmad Hanbal

Imam Ahmad ibn Hanbal (Bahasa Arab: ‏‎‎‎‎‎‎‎‎أحمد بن حنبل‏‎‎‎‏‎‎‎ ‎‎‎‎‎‎‎ Ahmad bin Hanbal) (780 [164 AH] - 855 [241 AH]) merupakan sarjana Muslim dan ahli teologi. Dia di anggap sebagai pengasas mazhab Hanbali fiqh. Nama penuhnya adalah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Abu `Abd Allah al-Shaybani (أحمد بن محمد بن حنبل أبو عبدالله الشيباني).

Ahmad ibn Hanbal dilahirkan di Asia Tengah kepada keluarga Arab pada 780. Selepas kematian bapanya, dia berpindak ke Iraq dan menuntut dengan meluas di Baghdad, dan kemudian menggunakan perjalanannya bagi melanjutkan penggajiannya. Minat utamanya adalah mendapatkan pengetahuan berkaitan dengan hadith dan mengembara dengan meluas keseluruh Iraq, Syria, dan Arabia mendalami ilmu ugama dan mengumpul sunnah Muhammad s.a.w.

Ahmad bin Hanbal menuntut di Baghdad dan kemudiannya mengembara untuk meluaskan pengetahuan dan ilmunya. Beliau amat tertarik dengan pengajian Hadis dan mengembara ke seluruh pelosok Iraq, Syria, dan Semenanjung Arab mempelajari agama mengumpulkan hadis Muhammad.

Setelah beberapa tahun mengembara, Ahmad bin Hanbal berguru ilmu Fiqh dengan Imam Shafie. Ahmad bin Hanbal berpegang teguh kepada fahaman tradisional dan menentang apa-apa inovasi dalam pentafsiran undang-undang Islam.

Guru

Antara mereka yang menjadi guru Ahmed bin Hanbal adalah Imam Shafie r.a., Bishar bin Al Mufadal r.a., Ismail bin Ulayyah r.a., Jarir bin Abdul Hamid r.a. dan Yahya bin Said r.a..

Pengumpul dan penyusun hadis terkenal seperti Imam Bukhari r.a. dan Imam Muslim r.a., juga mengumpulkan hadis dari pengumpulan Ahmed bin Hanbal. Penguasaan ilmu hadis Ahmed bin Hanbal begitu menyeluruh sehinggakan imam Shafie kadangkala merujuk kepada Ahmed bin Hanbal mengenai hadis-hadis tertentu.

Penindasan semasa Mihna

Khalifah Ma'mun-ar-Rashid, dipengaruhi oleh fahaman Mu'tazilah yang banyak memesong daripada fahaman tradisional Islam. Ketika itu, Khalifah dipengaruhi oleh kumpulan Mutazalis yang mempersoalkan asal usul tauhid dan berpegang kepada fahaman bahawa Al-Quran adalah ciptaan manusia dan tidak kekal abadi.

Kumpulan Mutazilah ini mendapat sokongan dan naungan Khalifah Ma'mun-ar-Rashid. Pihak Mutazilah melancarkan Mihna untuk menyaring ulama yang enggan berpegang kepada fahaman yang dibawa oleh kumpulan Mutazalis. Semasa Mihna, ulama Islam diuji untuk menentukan pegangan mereka mengenai pentafsiran dalam perkara-perkara berkaitan dengan agama Islam.

Ramai ulama yang bertukar pendirian apabila disuruh oleh Khalifah Ma'mun-ar-Rashid dan memberikan persetujuan kepada pentafsiran Islam supaya bersesuaian dengan fahaman Mutazilah. Pendirian Imam Ahmad bin Hanbal diuji semasa pemerintahan Khalifah Ma'mun-ar-Rashid dan Khalifah al-Mu'tasim. Imam Ahmad bin Hanbal berkeras enggan memberikan persetujuan kepada fahaman yang dibawa oleh Mutazalis.

Khalifah al-Ma'mun menghukum sebatan ke atas Ahmad bin Hanbal. Dia dipenjarakan selama 30 bulan dan dipukul teruk. Khalifah Ma'mun-ar-Rashid memerintahkan Imam Ahmad bin Hanbal dipenjarakan, tetapi khalifah tersebut meninggal dunia tidak lama selepas mengeluarkan perintah itu. Dia digantikan dengan khalifah Al-Mutasim yang juga berpegang kepada fahaman Mutazilah. Khalifah Al-Mutasim bertanya sama ada Imam Ahmad bin Hanbal sudah bertukar pendirian dan menyokong fahaman Mutazilah. Imam Ahmad bin Hanbal masih enggan mengikut fahaman Mutazilah tersebut dan diberikan balasan hukum sebat dan dipenjarakan. Imam Ahmad bin Hanbal hanya dilepaskan setelah dua tahun selepas itu. Tetapi beliau ditegah mengajar dan menyebarkan ilmu Allah. Tegahan ini kekal sehingga pemerintahan Khalifah Wasiq. Tetapi Imam Ahmad bin Hanbal tetap dengan pegangan beliau.

Pembebasan dan pengiktirafan

Pada 25 Ramadan 221H, Khalifah Mutasim bertaubat dan memerintahkan Ahmed bin Hanbal dibebaskan. Imam Ahmed bin Hanbal memaafkan kesemua mereka yang menganiayanya kecuali anggota kumpulan Mutazalis yang berfahaman sesat.

Selepas Khalifah Al-Mutawakkil mengambil kuasa, dasar kerajaan berubah. Sebaliknya, dia diberikan penghormatan yang setimpal dengan ilmu dan pengetahuannya. Dia hendak diberikan ganjaran oleh Khalifah Al-Mutawakkil dan dijemput ke istana untuk mengajar. Walaupun demikian Ahmed bin Hanbal enggan menerima tawaran tersebut kerana enggan mendekati istana dan mereka yang berkuasa di istana. Khalifah Al-Mutawakkil sebaliknya memberikan ganjaran kepada Salih bin Ahmad, anak kepada Imam Ahmed bin Hanbal. Apabila perkara ini sampai ke pengetahuannya, Ahmed bin Hanbal memarahi anaknya dan enggan memakan sedikitpun daripada kemewahan anaknya.

Ahmed bin Hanbal menjadi masyhur dan terkenal dengan warak dan ketaksuban kepada hukum Allah. Pengajaran dan penulisannya membolehkan pengikutnya mengasaskan mazhab Hanbali.

Kematian

Ahmed bin Hanbal meninggal dunia di Baghdad pada 13 Rabiulawal 241H bersamaan 31 Julai, 855M. Mengikut Tarjamatul Imam, lebih 860,000 orang menziarah semasa pengkebumiannya.
0

Riwayat hidup : Imam Malik

Imam Malik Rahimahullah atau nama sebenar beliau Malik bin Anas bin Malik Amir Al-Harith dilahirkan di Kota Madinah pada 93 Hijrah bersamaan dengan tahun 713 Masihi, iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik daripada kerajaan Bani Umaiyah. Beliau berasal dari keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan oleh masyarakat kerana datuknya Amir bin Al-Harith banyak berkorban bersama Nabi Muhammad s.a.w. dalam menegakkan agama Islam. Kehidupan keluarganya yang susah tidak memadamkan cita-citanya untuk menjadi orang yang berilmu. Berkat usahanya yang gigih dan bersungguh-sungguh, akhirnya beliau muncul sebagai seorang ulama, hartawan, dermawan, dan berjaya memegang jawatan Mufti Besar di Madinah.

Beliau pernah menjadi guru sedari usia 17 tahun dan dapat mengajar dengan baik walaupun masih muda. Majlis pengajian beliau dilakukan di Masjid Nabawi. Beliau yang juga dikenali sebagai pengasas Mazhab Maliki telah meninggal dunia pada 10 Rabiulawal 179 Hijrah bersamaan 798 Masihi ketika berusia 86 tahun dengan meninggalkan tiga orang putera dan seorang puteri. Mazhab Maliki berkembang di beberapa tempat di dunia seperti Maghribi, Algeria, Libya, Iraq dan Palestin.

Sifat Peribadi

Sepanjang hidupnya, Imam Malik terkenal dengan kecerdasan akal fikirannya yang tinggi sehinggakan mampu menghafal al-Quran dalam usia yang masih muda. Beliau juga terkenal dengan sifat mulia, bersopan-santun, suka memakai pakaian yang bersih, kemas serta bau-bauan yang harum selaras dengan tuntutan agama supaya menjadi orang yang pembersih.

Walau bagaimanapun, beliau yang terkenal dengan keramahan dan bergaul dengan semua lapisan masyarakat merupaka seorang yang pendiam dan hanya berkata-kata apabila perlu dan menganggap benda yang akan diucapkan adalah perkara-perkara yang berfaedah sahaja. Beliau juga seorang hartawan yang tidak lokek membelanjakan hartanya ke jalan Allah. Sebagai contoh, beliau pernah membantu Imam as-Syafie sehingga berjaya menjadi ulama terkenal. Beliau seorang yang sangat menghormati hadis-hadis Rasulullah sendiri dan diri baginda sendiri walaupun baginda telah wafat.

Beliau dikatakan tidak pernah menunggang sebarang jenis kenderaan di Madinah sebagai tanda menghormati jasad baginda yang tertanam di dalam kubur. Beliau pernah dirotan dengan cemeti sehingga patah tulang belakang kerana mengeluarkan fatwa yang tidak disukai oleh khalifah iaitu isteri yang ditalak secara paksa tidak jatuh talaknya. Ini menunjukkan betapa tabahnya beliau. Kerajinannya mengerjakan ibadat di malam hari pula menunjukkan kewarakan beliau terhadap Allah s.w.t.

Prinsip hidup beliau mengenai ilmu ialah orang yang ingin belajar ilmu hendaklah berusaha mencarinya, bukan ilmu yang datang mencarinya. Beliau tidak pernah merungut apabila memberi pendidikan kepada anak-anak muridnya. Beliau akan bersusah-payah memberi kefaham kepada anak-anak muridnya tentang sesuatu masalah ilmu.

Pendidikan

Sejak kecil lagi minatnya terhadap ilmu sudah disemai dalam jiwanya. Beliau telah menghafal ayat-ayat al-Quran dan hadis semenjak kecil dan mendapat pendidikan di Kota Madinah daripada beberapa orang ulama terkenal di sana. Guru pertama beliau adalah Abdul Rahman bin Harman iaitu seorang ulama besar Madinah yang telah memberi pendidikan kepada beliau selama lapan tahun. Akibat dari kecerdasan akalnya yang luar biasa, beliau pernah menghafal 29 buah hadis daripada 30 buah hadis yang dibacakan oleh gurunya dalam satu hari sahaja. Beliau pernah belajar daripada 900 orang guru dari kalangan tabiin dan tabi’ tabiin. Imam Malik banyak menimba ilmu pengetahuan di Kota Madinah yang pada masa itu menjadi pusat pengajian ilmu, khususnya ilmu agama.

Kitab Al-Muatto'

‘Al-Muattok’ bererti ‘yang disepakati’ atau ‘tunjang’ atau ‘panduan’ tentang ilmu dan hukum-hukum agama. Al-Muattok merupakan sebuah kitab yang mengandungi hadis-hadis hukum yang dikumpulkan oleh Imam Malik serta pendapat para sahabat dan ulama-ulama tabiin. Kitab ini lengkap dengan pelbagai masalah agama yang merangkumi ilmu hadis, ilmu fiqh dan sebagainya. Semua hadis di dalam kitab ini adalah sahih kerana Imam Malik terkenal dengan sifatnya yang tegas dalam penerimaan hadis tertentu.

Beliau sangat berhati-hati ketika menapis, mengasingkan, dan membahas serta menolak riwayat yang meragukan. Daripada 100,000 buah hadis yang dihafal beliau, hanya 10,000 sahaja diakui sah dan daripada 10,000 hadis itu, hanya 5,000 sahaja yang disahkan sahih oleh beliau setelah disiasat dan dipadankan dengan al-Quran. Menurut satu riwayat, Imam Malik menghabiskan 40 tahun untuk mengumpul dan menapis hadis-hadis yang diterima daripada guru-gurunya. Imam Syafie pernah berkata, “Tiada sebuah kitab di muka bumi ini yang lebih banyak mengandungi kebenaran selain daripada kitab al-Muattok karangan Imam Malik.”
0

Riwayat hidup : Imam Tirmidzi

Nama lengkapnya adalah Imam al-Hafidz Abu ‘Isa Muhammad bin ‘Isa bin Saurah bin Musa bin ad-Dahhak As-Sulami at-Tirmidzi, salah seorang ahli hadits kenamaan, dan pengarang berbagai kitab yang masyur lahir pada 279 H di kota Tirmiz.

Perkembangan dan Perjalanannya

Kakek Abu ‘Isa at-Tirmidzi berkebangsaan Mirwaz, kemudian pindah ke Tirmiz dan menetap di sana. Di kota inilah cucunya bernama Abu ‘Isa dilahirkan. Semenjak kecilnya Abu ‘Isa sudah gemar mempelajari ilmu dan mencari hadits. Untuk keperluan inilah ia mengembara ke berbagai negeri: Hijaz, Irak, Khurasan dan lain-lain.

Dalam perlawatannya itu ia banyak mengunjungi ulama-ulama besar dan guru-guru hadits untuk mendengar hadits yang kem dihafal dan dicatatnya dengan baik di perjalanan atau ketika tiba di suatu tempat. Ia tidak pernah menyia-nyiakan kesempatan tanpa menggunakannya dengan seorang guru di perjalanan menuju Makkah. Kisah ini akan diuraikan lebih lanjut.

Setelah menjalani perjalanan panjang untuk belajar, mencatat, berdiskusi dan tukar pikiran serta mengarang, ia pada akhir kehidupannya mendapat musibah kebutaan, dan beberapa tahun lamanya ia hidup sebagai tuna netra; dalam keadaan seperti inilah akhirnya at-Tirmidzi meninggal dunia. Ia wafat di Tirmiz pada malam Senin 13 Rajab tahun 279 H dalam usia 70 tahun.

Guru-gurunya

Ia belajar dan meriwayatkan hadits dari ulama-ulama kenamaan.
Di antaranya adalah Imam Bukhari, kepadanya ia mempelajari hadits dan fiqh. Juga ia belajar kepada Imam Muslim dan Abu Dawud. Bahkan Tirmidzi belajar pula hadits dari sebagian guru mereka.
Guru lainnya ialah Qutaibah bin Saudi Arabia’id, Ishaq bin Musa, Mahmud bin Gailan. Said bin ‘Abdur Rahman, Muhammad bin Basysyar, ‘Ali bin Hajar, Ahmad bin Muni’, Muhammad bin al-Musanna dan lain-lain.

Murid-muridnya

Hadits-hadits dan ilmu-ilmunya dipelajari dan diriwayatkan oleh banyak ulama. Di antaranya ialah Makhul ibnul-Fadl, Muhammad binMahmud ‘Anbar, Hammad bin Syakir, ‘Ai-bd bin Muhammad an-Nasfiyyun, al-Haisam bin Kulaib asy-Syasyi, Ahmad bin Yusuf an-Nasafi, Abul-‘Abbas Muhammad bin Mahbud al-Mahbubi, yang meriwayatkan kitab Al-Jami’ daripadanya, dan lain-lain.

Kekuatan Hafalannya

Abu ‘Isa aat-Tirmidzi diakui oleh para ulama keahliannya dalam hadits, kesalehan dan ketakwaannya. Ia terkenal pula sebagai seorang yang dapat dipercaya, amanah dan sangat teliti.
Salah satu bukti kekuatan dan cepat hafalannya ialah kisah berikut yang dikemukakan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Tahzib at-Tahzib-nya, dari Ahmad bin ‘Abdullah bin Abu Dawud, yang berkata:

“Saya mendengar Abu ‘Isa at-Tirmidzi berkata: Pada suatu waktu dalam perjalanan menuju Makkah, dan ketika itu saya telah menuslis dua jilid berisi hadits-hadits yang berasal dari seorang guru. Guru tersebut berpapasan dengan kami. Lalu saya bertanya-tanya mengenai dia, mereka menjawab bahwa dialah orang yang kumaksudkan itu. Kemudian saya menemuinya. Saya mengira bahwa “dua jilid kitab” itu ada padaku. Ternyata yang kubawa bukanlah dua jilid tersebut, melainkan dua jilid lain yang mirip dengannya. Ketika saya telah bertemu dengan dia, saya memohon kepadanya untuk mendengar hadits, dan ia mengabulkan permohonan itu. Kemudian ia membacakan hadits yang dihafalnya. Di sela-sela pembacaan itu ia mencuri pandang dan melihat bahwa kertas yang kupegang masih putih bersih tanpa ada tulisan sesuatu apa pun. Demi melihat kenyataan ini, ia berkata: ‘Tidakkah engkau malu kepadaku?’ lalu aku bercerita dan menjelaskan kepadanya bahwa apa yang ia bacakan itu telah kuhafal semuanya. ‘Coba bacakan!’ suruhnya. Lalu aku pun membacakan seluruhnya secara beruntun. Ia bertanya lagi: ‘Apakah telah engkau hafalkan sebelum datang kepadaku?’ ‘Tidak,’ jawabku. Kemudian saya meminta lagi agar dia meriwayatkan hadits yang lain. Ia pun kemudian membacakan empat puluh buah hadits yang tergolong hadits-hadits yang sulit atau garib, lalu berkata: ‘Coba ulangi apa yang kubacakan tadi,’ Lalu aku membacakannya dari pertama sampai selesai; dan ia berkomentar: ‘Aku belum pernah melihat orang seperti engkau.”

Pandangan Para Kritikus Hadits Terhadapnya

Para ulama besar telah memuji dan menyanjungnya, dan mengakui akan kemuliaan dan keilmuannya.
Al-Hafiz Abu Hatim Muhammad ibn Hibban, kritikus hadits, menggolangkan Tirmidzi ke dalam kelompok “Siqat” atau orang-orang yang dapat dipercayai dan kokoh hafalannya, dan berkata: “Tirmidzi adalah salah seorang ulama yang mengumpulkan hadits, menyusun kitab, menghafal hadits dan bermuzakarah (berdiskusi) dengan para ulama.”Abu Ya’la al-Khalili dalam kitabnya ‘Ulumul Hadits menerangkan; Muhammad bin ‘Isa at-Tirmidzi adalah seorang penghafal dan ahli hadits yang baik yang telah diakui oleh para ulama.

Ia memiliki kitab Sunan dan kitab Al-Jarh wat-Ta’dil. Hadits-haditsnya diriwayatkan oleh Abu Mahbub dan banyak ulama lain. Ia terkenal sebagai seorang yang dapat dipercaya, seorang ulama dan imam yang menjadi ikutan dan yang berilmu luas. Kitabnya Al-Jami’us Sahih sebagai bukti atas keagungan derajatnya, keluasan hafalannya, banyak bacaannya dan pengetahuannya tentang hadits yang sangat mendalam.

Fiqh Tirmidzi dan Ijtihadnya

Imam Tirmidzi, di samping dikenal sebagai ahli dan penghafal hadits yang mengetahui kelemahan-kelemahan dan perawi-perawinya, ia juga dikenal sebagai ahli fiqh yang mewakili wawasan dan pandangan luas.

Barang siapa mempelajari kitab Jami’nya ia akan mendapatkan ketinggian ilmu dan kedalaman penguasaannya terhadap berbagai mazhab fikih. Kajian-kajiannya mengenai persoalan fiqh mencerminkan dirinya sebagai ulama yang sangat berpengalaman dan mengerti betul duduk permasalahan yang sebenarnya.

Salah satu contoh ialah penjelasannya terhadap sebuah hadits mengenai penangguhan membayar piutang yang dilakukan si berutang yang sudah mampu, sebagai berikut: “Muhammad bin Basysyar bin Mahdi menceritakan kepada kami Sufyan menceritakan kepada kami, dari Abi az-Zunad, dari al-A’rai dari Abu Hurairah, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam, bersabda: ‘Penangguhan membayar utang yang dilakukan oleh si berutang) yang mampu adalah suatu kezaliman. Apabila seseorang di antara kamu dipindahkan utangnya kepada orang lain yang mampu membayar, hendaklah pemindahan utang itu diterimanya.” Imam Tirmidzi memberikan penjelasan sebagai berikut: Sebagian ahli ilmu berkata: ” apabila seseorang dipindahkan piutangnya kepada orang lain yang mampu membayar dan ia menerima pemindahan itu, maka bebaslah orang yang memindahkan (muhil) itu, dan bagi orang yang dipindahkan piutangnya (muhtal) tidak dibolehkan menuntut kepada muhil.”

Diktum ini adalah pendapat Syafi’i, Ahmad dan Ishaq. Sebagian ahli ilmu yang lain berkata: “Apabila harta seseorang (muhtal) menjadi rugi disebabkan kepailitan muhal ‘alaih, maka baginya dibolehkan menuntut bayar kepada orang pertama (muhil).” Mereka memakai alas an dengan perkataan Usma dan lainnya, yang menegaskan: “Tidak ada kerugian atas harta benda seorang Muslim.” Menurut Ishak, maka perkataan “Tidak ada kerugian atas harta benda seorang Muslim” ini adalah “Apabila seseorang dipindahkan piutangnya kepada orang lain yang dikiranya mampu, namun ternyata orang lain itu tidak mampu, maka tidak ada kerugian atas harta benda orang Muslim (yang dipindahkan utangnya) itu.”
Itulah salah satu contoh yang menunjukkan kepada kita, bahwa betapa cemerlangnya pemikiran fiqh Tirmidzi dalam memahami nash-nash hadits, serta betapa luas dan orisinal pandangannya itu.

Karya-karyanya

Imam Tirmidzi banyak menulis kitab-kitab. Di antaranya:
1. Kitab Al-Jami’, terkenal dengan sebutan Sunan at-Tirmidzi.
2. Kitab Al-‘Ilal.
3. Kitab At-Tarikh.
4. Kitab Asy-Syama’il an-Nabawiyyah.
5. Kitab Az-Zuhd.
6. Kitab Al-Asma’ wal-kuna.
Di antara kitab-kitab tersebut yang paling besar dan terkenal serta beredar luas adalah Al-Jami’.

Sekilas tentang Al-Jami’

Kitab ini adalah salah satu kitab karya Imam Tirmidzi terbesar dan paling banyak manfaatnya. Ia tergolong salah satu “Kutubus Sittah” (Enam Kitab Pokok Bidang Hadits) dan ensiklopedia hadits terkenal. Al-Jami’ ini terkenal dengan nama Jami’ Tirmidzi, dinisbatkan kepada penulisnya, yang juga terkenal dengan nama Sunan Tirmidzi. Namun nama pertamalah yang popular.

Sebagian ulama tidak berkeberatan menyandangkan gelar as-Sahih kepadanya, sehingga mereka menamakannya dengan Sahih Tirmidzi. Sebenarnya pemberian nama ini tidak tepat dan terlalu gegabah.

Setelah selesai menyususn kitab ini, Tirmidzi memperlihatkan kitabnya kepada para ulama dan mereka senang dan menerimanya dengan baik. Ia menerangkan: “Setelah selesai menyusun kitab ini, aku perlihatkan kitab tersebut kepada ulama-ulama Hijaz, Irak dan Khurasan, dan mereka semuanya meridhainya, seolah-olah di rumah tersebut ada Nabi yang selalu berbicara.”

Imam Tirmidzi di dalam Al-Jami’-nya tidak hanya meriwayatkan hadits sahih semata, tetapi juga meriwayatkan hadits-hadits hasan, da’if, garib dan mu’allal dengan menerangkan kelemahannya.

Dalam pada itu, ia tidak meriwayatkan dalam kitabnya itu, kecuali hadits-hadits yang diamalkan atau dijadikan pegangan oleh ahli fiqh. Metode demikian ini merupakan cara atau syarat yang longgar. Oleh karenanya, ia meriwayatkan semua hadits yang memiliki nilai demikian, baik jalan periwayatannya itu sahih ataupun tidak sahih. Hanya saja ia selalu memberikan penjelasan yang sesuai dengan keadaan setiap hadits.

Diriwayatkan, bahwa ia pernah berkata: “Semua hadits yang terdapat dalam kitab ini adalah dapat diamalkan.” Oleh karena itu, sebagian besar ahli ilmu menggunakannya (sebagai pegangan), kecuali dua buah hadits, yaitu: Pertama, yang artinya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam menjamak shalat Zuhur dengan Asar, dan Maghrib dengan Isya, tanpa adanya sebab “takut” dan “dalam perjalanan.”

“Jika ia peminum khamar, minum lagi pada yang keempat kalinya, maka bunuhlah dia.” Hadits ini adalah mansukh dan ijma ulama menunjukan demikian. Sedangkan mengenai shalat jamak dalam hadits di atas, para ulama berbeda pendapat atau tidak sepakat untuk meninggalkannya. Sebagian besar ulama berpendapat boleh (jawaz) hukumnya melakukan salat jamak di rumah selama tidak dijadikan kebiasaan. Pendapat ini adalah pendapat Ibnu Sirin dan Asyab serta sebagian besar ahli fiqh dan ahli hadits juga Ibnu Munzir.

Hadits-hadits da’if dan munkar yang terdapat dalam kitab ini, pada umumnya hanya menyangkut fada’il al-a’mal (anjuran melakukan perbuatan-perbuatan kebajikan). Hal itu dapat dimengerti karena persyaratan-persyaratan bagi (meriwayatkan dan mengamalkan) hadits semacam ini lebih longgar dibandingkan dengan persyaratan bagi hadits-hadits tentang halal dan haram